Tips yang masuk akal untuk travel setiap hujung minggu dengan bergaya.

 

“Travel Like a Boss, Pay Like a Beggar”
Tips yang masuk akal untuk travel setiap hujung minggu dengan bergaya berserta bajet yang minimal atau tak guna duit lansung tetapi dengan lagak yang mewah.
Sejak dua menjak ni, ramai pulak yang kecam abam travel pada tiap-tiap minggu dengan menggunakan hash tag #travelbajet #traveltakderduit ni. Yelah, mana tak nye, travel naik Kelas perniagaan, makan di Hard Rock Cafe, makan lobster. Mana tak hangin netizen dengan abam bila abam upload semua tu. Okeh dik, meh abam kongsi sikit ilmu abam yang tak seberapa ni.
1) Rancang Parameter kos: 
Mula-mula set parameter, berapa harga tiket flight, berapa harga penempatan, kos makan minum, kos pengangkutan dan sebagainya. Parameter kos adalah penting untuk anda tahu berapa jumlah yang bakal anda keluarkan nanti.
2) Rancang target kos;
Rancang target kos berdasarkan kesesuaian bajet anda. Katakan kos travel anda RM500 untuk ke Kuching. Namun, anda hanya ada RM100, jadi anda perlu set target untuk anda cari RM400 lagi. Macamana? Kita kupas sekejap lagi.
3) Rancang Strategi: 
Rancang strategi anda untuk anda mencapai target. Contohnya strategi sebelum travel, semasa travel dan selepas travel.
Antara strategi-strategi yang saya bole kongsi ialah:
Sebelum travel (pre-travel):
a) Bisnes sebelum travel:
# Jualan Sementara (temporary business):
Katakan tadi anda perlukan lagi RM400 untuk ke Kuching. Apa yang anda perlu buat ialah buat bisnes sementara (temporary business). Terdapat macam-macam peluang bisnes dalam talian (online) yang berbentuk sementara. Contoh, anda terjumpa sales perfume, tudung, toiletries beg di mana-mana mall. Apa lagi, ambil la pesanan dari rakan-rakan Facebook anda. Untung sebanyak RM200-RM500 untuk satu jualan senang untuk dicapai sekiranya anda usaha dan rajin.
# Jualan tiket Final Call Air Asia:
Rajinkan diri anda untuk  mengikut rentak Air Asia Final Call sekiranya ingin travel dalam masa terdekat dan pada hujung bulan. Anda bole mengajak teman-teman untuk travel bersama menggunakan  big points anda dan dalam masa yang sama ada boleh jual big points anda kepada mereka. Tips: Anda bole mengajak kawan-kawan anda untuk travel dengan anda dalam kumpulan, kemudian buat pembelian sekali gus dalam satu transaksi, serta kenekan mereka dengan yuran servis (service fee). Katakan untuk satu tiket, ambil yuran servis  sebanyak RM50, jika tiket tersebut hanya RM150, anda jual kepada 3 orang, tiket anda ke destinasi tersebut adalah percuma. Jika lebih, anda bole masukkan dalam tabung penginapan.
# Jadi travel ejen yang tak bertauliah:
Ringan-ringankan lah mulut untuk tawarkan diri anda jadi travel ejen yang tak bertauliah. Target market: mak cik-mak cik kat pejabat, mak cik- mak cik kenalan keluarga anda, kawan-kawan pejabat serta siapa sahaja yang tidak biasa dengan Oline Travel Agent (OTA). Untuk tiket yang lebih murah, guna traveloka (Asean Countries). Kebiasaannya ada diskaun sehingga 15% sekiranya anda menggunakan special code. Quote mereka untuk harga biasa, namun, semasa pembelian, gunakan promo code, dan untung yang akan anda dapat sebanyak 15% ataupon RM100 maksima untuk setiap pembelian, bole dimasukkan ke dalam tabung travel.

b) Manipulasi Keahlian Program Setia (Loyalty Program)

# Keahlian Hotel:

Ingin menginap hotel secara percuma? Atau menginap di hotel 5 bintang yang berharga RM500 semalam tapi anda hanya bayar RM100 semalam? Senang je, lupakan Trivago, lupakan Air Asia Go. Walau Trivago membandingkan dengan harga yang murah dan Air Asia Go kononnya ada banyak diskaun, namum untuk jangka masa panjang, ianya tidak lah menguntungkan anda pun. Seperti saya, Agoda menjadi pilihan saya. Setiap kali saya menginap, saya akan diberikan point yang akan ditukar kepada nilai USD 25 untuk 12500 points. Ringan-ringankan juga mulut untuk menolong rakan-rakan anda untuk tempah bilik hotel menggunakan akaun anda. Point hasil dari tempahan akan menjadi milik anda sepenuhnya. Selain Agoda, banyak lagi syarikat lain yang akan menawarkan pakej yang menarik untuk pelanggan tetap mereka. Jadi, tiada alasan untuk anda bergaya sewaktu travel setelah point anda segunung nanti. Nota Agoda: Penebusan mata ganjaran Agoda adalah untuk pelanggan yang pernah menggunakan perkhidmatan mereka sebelum 1 April 2014. Namun, Agoda telah menggantikannya dengan Point Max untuk penebusan ‘Airlines Miles’ dan Reward Gift untuk penebusan bilik hotel.

# Kad Kredit mesra traveler:
Kad kredit ni sebenarnya penting untuk traveler. Selain membantu anda untuk beli tiket semasa promosi yang tak dijangka, sesetengah kad kredit membolehkan anda untuk memasuki lounge di lapangan terbang secara percuma mengikut taraf kad anda. Sebagai contoh AEON Gold Card memberi keistimewaan kepada pengguna mereka untuk memasuki lounge secara percuma sebanyak 5 kali setahun. Tak susah bukan untuk menikmati lounge seperti VVIP walaupon menggunakan penerbangan tambang murah.
# Ahli Setia Kad Penerbangan:

Menjadi orang yang setia ni memang banyak kelebihan dia. Tak lupa juga untuk Kesatuan Pernerbangan. Terdapat 3 kesatuan penerbangan yang popular di dalam dunia iaitu One World Alliance, Star Alliance and Sky Team Alliance. Perkara yang pertama yang anda perlu tahu ialah, kenal pasti syarikat penerbangan anda dari kesatuan yang mana dan siapa ahli dari kesatuan tersebut. Pilih salah satu dari rangkaian mereka. Contohnya saya memilih Qatar Airways untuk One World, Garuda Air untuk Sky Team dan Lufthansa untuk Star Alliance. Untuk pengetahuan anda, sekiranya anda pemegang Silver, Gold atau pun Platinum Card, anda bole menikmati keistimewaan yang ada pada kad anda seperti memasuki lounge secara percuma atau menolak dari point anda secara bergaya. Kad keahlian juga bole digunakan untuk menaik taraf kelas ekonomi ke kelas perniagaan atau kelas perniagaan ke kelas pertama. Nota ringkas: Emirates dan Ethihad tidak menyertai mana-mana kesatuan. Jadi adalah penting untuk memiliki kad mereka juga.

c) Bayar kurang, bergaya lebih

#Naik Taraf Kelas Perniagaan dengan harga minimal:

Sekiranya anda telah membeli tiket kelas ekonomi tapi teringin nak bergaya dengan kelas perniagaan namun ada masalah dengan kengkangan bajet? Tak de hal! Jika anda terbang menggunakan Malaysia Airlines, anda bole membuat bidaan dengan harga minimal untuk anda dinaik taraf ke kelas perniagaan. Jumlah harga yang akan anda bayar adalah jauh lebih rendah dari harga kelas perniagaan yang sebenar. Untuk pengguna Air Asia X dan Vietnam Airlines, anda juga tidak perlu risau. Anda bole mengunakan laman web optiontown untuk membuat bidaan.

Semasa Travel (Event date):

a) Bisnes Semasa Travel

# Personal Shopper:

Sekiranya anda pergi ke kota fashion, jangan lupa untuk menawarkan diri anda sebagai personal shopper. Apa tu personal shopper? Personal Shopper ni, kita tolong belikan barang berdasarkan apa yang dipesan dari pelanggan. Macamana nak dapat untung? Anda bole caskan pelanggan anda RM10-RM30 sebagai contoh untuk satu barang yang berharga bawah RM1000. Tambahan lagi, anda juga boleh membuat tuntutan cukai perkhidmatan dan barangan (GST and VAT) sebanyak 6-11% berbeza pada setiap Negara. Katakan beg LV berharga RM5000, 11% dari harga tersebut bersamaan RM550. Bayangkan untuk satu Bandar sahaja anda mampu memperolehi RM550 untung.

# Jualan Barang Branded:

Selain dari menjadi Personal Shopper anda juga bole menjual barang-barang branded seperti hand bag, mandian dan sebagainya dimana anda bole mengambil pesanan siap-siap di Malaysia (pre –order) sebelum membuat belian di luar negara. Berbeza dengan Personal Shopper, cara ini anda bole meletakkan harga anda siap-siap (mark up) dan menjualnya dengan harga yang sesuai. Contoh: Bag Long Champ berharga RM200 selepas tolak VAT. Anda bole menjualnya dengan harga RM270, dan pastikan ianya di bawah harga pasaran di Malasyia (RM370). Jadi , sekiranya 10 orang yang membeli dari anda, anda akan untung RM700 untuk satu jualan. Menarik kan? Apa boleh dibuat dengan RM700? Tepuk dada tanya selera.

# Jualan barangan cenderamata dan Makanan:

Anda perlu mengenal pasti barangan cenderamata atau makanan di tempat yang akan anda lawati dengan pasaran di ditempat anda. Contoh: Ikan terubuk masin di Kuching, Ikan bilis di Sandakan, Kek Kartika Sari di Bandung. Ambk pesanan, dan jual. Duit hasil jualan anda bole menabung untuk trip yang akan datang.

2) Manipulasi kad keahlian:

# Makan percuma di Hard Rock Café:

Setiap transaksi, anda akan mendapat sekeping resit dimana terdapat kod-kod yang diberi bole digunakan untuk membuat kaji selidik diatas talian. Setiap kaji selidik yang disertai, anda akan mendapat ‘appertizer’ secara percuma. Selain itu, anda juga bole mendapat diskaun pembelian dengan menggunakan Kad keahlian Hard Rock (subject to change). Tips: 10 barang dengan 10 transaksi sekiranya negara tersebut tidak boleh membuat tutuntan cukai VAT/GST. Maka anda akan mendapat 10 appetizer! Kelas tak?

Selepas Travel (post-travel):

# Jualan:

Apa-apa sahaja jualan yang anda rasa ada permintaan. Anda bole jual. Sebagai contoh, anda terjuma perfume 50% di lapangan terbang. Namun tak sempat untuk mengambil pesanan? Anda beli dulu menggunakan duit anda, dan jual kemudian. Hasil untung boleh di buat untuk trip minggu hadapan.

Sekian dari saya.

Nampak tak? Nampak tak? Tak susahkan untuk travel pada setiap minggu. Yang penting ada misi dan visi. Pelaburan di peringkat awal tu penting supaya anda bahagia pada peringkat seterusnya.  Kelebihan untuk sesiapa yang mempunyai teman rapat di mana-mana syarikat penerbangan yang mempunyai Families and Friends program atau teman yang sudi menjual tiket consession dengan harga yang rendah.

-Oren Katique-

Advertisements

United Kingdom and Ireland Hostel Review

Generator Hostel London:

Untuk yang berhasrat ke kota London tapi masih buntu ingin memilih penginapan, boleh lah memilih The Generator Hostel yang terletak berhampiran Russel Square Subway station.

Hostel yang bertaraf 5 bintang ini sesuai untuk pengembara yang menghadapi dilema inginkan tempat penginapan yang selesa dan sedikit sentuhan mewah tapi, mempunyai sekatan bajet tertentu.

Harga sekitar RM80 jika membuat tempahan lebih awal.

Katil yang sangat selesa, dilengkapi dengan ‘plug point’ individual.

Bar juga disediakan untuk anak muda yang ingin berhibur.

Antara fasiliti lain ialah:

1) locker
2) breakfast
4) cafe
5) vending machine

Dan sebagainya.

Untuk pengetahuan semua, The Generator Hostel merupakan rangkaian hostel 5 bintang di Eropah.

london

New Castle Hostel review:

Property name: Albatross Backpacker Inn

Price: RM158.40 per night (Agoda price).

Location: In the heart of city centre. In front of Tesco Extra and also Asian Halal Food (as per they claimed). Walking distance to shopping outlet and tourist area, as well as express bus stop.

Receptionist: Smooth and very friendly staff.

Room: Look old (typical England building) but clean and tidy. Room very cold (typical New Castle weather). Their comforter are really soft and warm.

Facilities: Nice kitchen with refrigerator, microwave and attached with lounge.

Wifi: smooth and high speed.

Toilet: too classic and i don’t really like it. Clean as it is.

Tips and trick: Not suitable to those who are not fit enough. A lot of staircase and toilet maybe little bit far from your room.

new-castle

 

Review Hostel di Kotaraya Endinburgh:

Nama hostel: Smart City Hostel by Safestay

Bintang: 5 Bintang

Harga: RM 95.74 semalam (Agoda)

Lokasi: Hanya 2 perhentian bas dari stesen Central Bus. Lokasi yang sangat berdekatan dengan tarikan perlancongan (jalan kaki ke Edinburgh Castle) dan juga kedai makan yang halal (5-6 buah). Anda pasti tidak kecewa untuk memilih untuk menginap di sini.

Lobi: Sungguh mewah, ibarat seperti hotel bertaraf lima bintang, walau ianya adalah sebuah asrama tumpangan.

Bilik: Sangat selesa. Lebih selesa jika diambil dom yang sikit bilangan katilnya. Lampu peribadi di setiap katil (katil dua tingkat) disediakan.

Tandas: 2 tandas yang bersambung dengan dom. Sinki terletak di luar tandas.

Fasiliti: Terdapat bar, pool dan billiard dan restoren.

Wifi: Sangat laju dan berpuas hati.

Tip: Lokasi di bawah bukit, mungkin sedikit sukar jika tidak bertanya. Sesuai juga untuk bercuti nersama keluarga.

edin

Glasgow Hostel Review

*********************************

Property Name: Euro Hostel Glasgow

Rating: 3 Star

Price: RM 66 per night

Review:

Location: Near to river, walking distance from main attraction.

Public Transport accessibility: Bus service available that stop nearby.

Check in: Little bit slow

Receptionist: Not friendly enough. Lack of explanation about tourists area. And very poor info regarding public transport service.

Room: Condition are very bad for 3 star hostel. Old room. Dirty environment.

Toilet: Very dirty and smelly.

Facilities: Bar, Locker room, vending machine.

Check out: fast.

Comment: Totally not recommended to stay unless you budget very tight.

glasgow

 

Belfast Hotel Review

**********************************

Property Name: Premier Inn Belfast City Centre Cathedral Quater

Rating: 4 star

Price: RM369.44 (Agoda)

Location: Near to tourist spot (walking distance).

Accessibility: Walking distance to-from bus stop.

Check in: Friendly but not really smooth. Having some issues with credit card. The card terminal cant read one of my card.

Check out: Smooth.

Receptionist: Very friendly, informative and helpful.

Lobby: Very small for 4 stars hotel (typical European hotel).

Room: We got 2+2 bed. Suitable for traveller with 3 or families. Room was very clean. Not spacious enough but acceptable.

Toilet: clean and tidy. Sink outside of the room.

Room amenities: hair dryer + tea set + refrigerator + flat screen tv and toiletries set.

Bed: Comfortable and silky.

Wifi: High-Speed

Other service: Food delivery. They can help to call to order outside food. (Noted that Belfast died after 6pm)

Recommendation : Highly recommend.

belfast

Dublin Hostel Review

**********************************

Property Name: Ashfield Hostel

Star Ranking: 4 Star

Price: RM 82.41 (Agoda)

Check in: Smooth. Towels and bed sheet are provided

Check out: Smooth

Room: Too old and too many people in a dorm. But bed are really comfortable. Power plug provided. Comforter was really soft and comfy.

Toilet: Old but dry. Shared bathroom.

Breakfast: Light breakfast but fantastic. Few choices of food.

Lobby: Fantastic

Location: Walking distance to central of attraction, nearby to halal restaurant, convenience store and main train station as well.

Comments: The receptionist are quite strict but some how friendly. U need to leave your keys every time before leaving the properties.

Recommendation: Very recommended to those who having a tight budget. I do prefer more Generator Hostel.

dublin

Ulasan Hotel di Douglas, Isle of Man

**********************************

Untuk yang berkunjung ke Douglas, negara Isle of Man, berikut merupakan ulasan hotel yang saya pilih semasa berada di sana.

Nama properti: The Edelweiss Hotel

Bintang: 4 Bintang

Harga: RM296.34 semalam (harga Agoda).

Lokasi: Di pinggiran pantai, menghadap jalan utama Dougles.

Kemudahan pengangkutan awam: Berdekatan dengan stesen Tram Kuda (Horse Tram) dan kereta api electric.

Kemudahan kedai makan:
Berdekatan dengan beberapa kedai halal di sekitar pinggiran pantai Douglas.

Daftar masuk: Tersangat pantas. Pekerja juga sangat mesra. Banyak maklumat tentang negara Isle of Man di terangkan semasa mendaftar masuk.

Daftar keluar: Disebabkan kami daftar keluar pada awal pagi, kami hanya perlu meletakkan kunci bilik pada kotak yang disediakan.

Lobi: Susana yang romantis dan disegari aroma wangi-wangian yang cukup menambat hati tetamu yang menetap disini.

Bilik: Sedikit kecil namun selesa. Bilik saya berada di atas loteng dan mengadap lautan Irish. Hembusan angin laut yang disulami udara segar dan sejuk cukup menenangkan hati ketika tingkap dibuka.

Tandas: Tiada kepala paip untuk mandi, namun bole menadah air di dalam tab mandi untuk digunakan. Kelihatan agak leceh namum, harus digagahi jika anda jenis kaki mandi.

Komen: Sangat berbaloi untuk menginap di sini jika ke Isle of Man. Tiada prasangka lagi!

iom-1

Cardiff, Wales Hostel Review

**********************************

Property name: YHA Cardiff Central Hotel

Ranking: 5 Star

Price: RM 83.71 per night (Agoda)

Location: 15-20 minutes walk to city center.

F&B: Restaurant and vending machines at the lobby area.

Check in: Very friendly staff.

Check out: Smooth and very helpful.

Lobby: Amazing!! Urban design.

Room: Multiple type of rooms. Comforter was so comfy. Personal lights attached to each bed. Television in your dorm (hard to find a hostel will provide TV inside the dorm). Locker and rack provided.

Toilet: Satisfied with the cleanliness. The toilet condition and design similar with toilet in hotel. Glass shower room + toilet outside + wide mirror.

Wifi: High speed broadband.

Comments: Very recommended hostel to stay in Cardiff. The experience like hotel, but with hostel condition.

cardiff

Europe in 21 days, 11 Countries, 16 Cities all in for RM5000+- (accommodation review).

Salam dan selamat sejahtera everyone.

Sorry, hari tu ramai yg mintak iti dan saya tak sempat nak send lagi utk semua org. Jadi, saya attached aja itinerary dlm group ni, senang. Any question bole PM. Kalo saya lambat reply jgn la block sy pulak. 😂😂.

Review hostel and hotel:

Paris: Generator Hostel.
Depan metro stn je. Mana-mana Generator Hostel adalah recommended utk stay. Sgt bersih! Ada dedicated plug points, usb charge and bed lamp utk every single bed.

12356857_1027398690613536_2340654903601309179_o

10296182_1033761993310539_3182248205261792118_o

Zurich: City Backbacker Biber Hostel

Dekat ngan tram stn, tp nak masuk lorong hotel ni kene guna google map. The only cheapest accommodation di Zurich. Tu pon da cecah Rm168 per night. Bilik x best, tp service kat sini best. Ada kitchen n receptionist sgt friendly. Towel and bed sheet x provided. Kene rent.

1047974_1028271777192894_3087749646129047023_o

Munich: Jeager’s Hotel & Hostel

Dekat dgn central stn. Location wise: very recommended. Hostel biasa2 aja. 4 bed with private bathroom. Siap ada borang check in dlm Bahasa Melayu.

Wien: Do Step Inn

Not recomended at all. Susah nak cari. Room not okay.

Bratislava: Hostel Blues

Very recommended!!!!!! Dalam kategori hostel, saya kasi 5 star! Bilik perfect, toilet superb, receptionist very friendly, ada laundry, kitchen awesome and location dekat dgn Old Town. Jln kaki pon x penat! Hostel ni suggested by member group ni jugak!

12374922_1029378720415533_8464453368033261381_o

Budapest: Maverick Hostel & Ensuites

Hostel building, peghhh mcm dlm cite hantu! Tp Bila masuk, nyum nyum!! Walau satu dorm ada 10 single bed, tp perfect! Kitchen penuh dgn set dining. Free coffee and tea! Sblh metro tp pintu dia tricky!

12370994_1029828407037231_8409207514538140370_o

Praha: Hotel Taurus

Ni 4 star hotel, korang bole cari hostel lain setendah 10€ per night.

903603_1030340596986012_9051589922760559218_o

Krakow: Flamingo Hostel

Lokasi: perfect di Old Town!

12365960_1031533603533378_5424439128493709949_o

Warsawa: Premier Class Varsavic Hotel

4 star hotel, near to major tram line and 3 stn away from central station. Far from old town.

1396969_1031816573505081_5793541578777194089_o

Gdansk: Hostel 22

Hostel cantik dan perfect. Location walking distance to Old City. Cuma berhantu!!! 😱😱😱

883639_1032310010122404_5950921816447995639_o

Berlin: Smart Stay Hotel Berlin City

Another brand hostel yg perfect utk stay.

10620464_1033425033344235_5303791810453667621_o

Hamburg: Generator Hostel

Mmg best!! Tak dinafikan! Walking distance to town and depan Hamburb ZOB (bus stn) je…

10296182_1033761993310539_3182248205261792118_o

Köln: A & O Köln Nuemarks Hotel & Hostel

Not recommended at all. Front desk manager sombong.

921104_1034597156560356_9012931211254175350_o

Amsterdam: Hotel Inner Amsterdam

Walking distance to I Amsterdam. Tp toilet tak brp nak best. 😪

Brussel: Hotel Midi-Zuid

3 star hotel. Location: very recommended!! Midi-zuid ni tmpt ramai muslims. Bus stn pon ada utk naik bus inter country.

886827_1036051953081543_798690089896158908_o

Paris CDG: Grand Millennium

Hotel taste pak cik2 sikit. Shuttle bus area sini FOC je.

10633390_1036665369686868_2787373343666695136_o

P/s: semua accommodation saya guna Agoda je.

Jadi tahanan Imigresen di Amman, Jordan.

Pada bulan June yang lepas (bulan puasa), aku naik Royal Jordanian Airlines ke London melalui Amman.

img_0277

Aku aware dalam website, ada package untuk transit passanger untuk travel dalam Jordan seperti Laut Mati, Amman City, Petra dan so on.

So, aku gembira lah, since aku memang nak gi berendam di Laut mati. (Sape tak nak??). Namun, aku tak aware yang package tu kene book 48 jam sebelum.

Sampai je di Airport Amman, aku terus gi counter RJ, tapi staff diaorg ni pon satu, product knowledge level 0. Dia tak paham soalan aku, dia marah aku. Apa lagi, aku marah la balik! Suruh dia panggil manager, then operation manager datang, bagitau yang package kene book 48H upon arrival. Ok fine. Aku tanya, macamana nak ke Amman City? Dia explain suruh naik bas dengan harga 2-3 JOD je, bus tu warna kuning.

img_0292

Aku pon confident la turun level bawah pergi imigresen, then staff airport cakap, untuk transfit passanger tak boleh keluar. Aku tanya, kenapa? Dia tak jawab. Aku cakap, aku nak jugak gi Amman City. Dia bagi aku scan bag and pergi beratur di kaunter imigresen.

Mula-mula pak-pak Arab tu okay, sebut “Malaysia, Malaysia, here”. Sebelum stamp, dia tanya boss dia, bole lepaskan aku tak. Boss dia cakap okay. Lepaskan (macam tu kot maksudnya).

Lepas stamp, aku keluar. Tak sempat melangkah ke gate, aku kene panggil balik. Aku tanya kenapa, ada masalah ke? Dia cakap nama aku, ada buat “chaos” di Jordan. Dia tanya, pernah datang ke Jordan ke? Aku cakap, tak pernah. Dia cakap nama “Zaidi Bin Abdullah” pernah buat hal kat Jordan dan di blacklisted. Amboi! Dalam dunia ni sorang je ke nama tu? Nama tu pulak “Zaidi bin Abdullah bin Abdullah”. Nama aku “Zaidi bin Abdullah bin Awang”. Dia suruh buktikan! Celah mana nak buktikan? Mana bawak surat beranak Arab oiiiiii!

Maka bermulalah episod aku kene tahan di bilik tahanan bersama tahanan-tahanan lain. Aku nak call embassy, dia tak bagi pinjam phone. Macam-macam alasan dia bagi.

room-1

Suasana dalam bilik tahanan.

room-2

Aku bagitau aku ada flight ke London, then diorg cakap, nak fly nanti diorg “escort” aku ke gate.

img_0294
Da kene escort pon masih bole selfie :p

Kene la tahan 6 Jam sehingga flight ke London, aku kene escort bagaikan celebrity sampailah aku naik flight.

img_0298

Begitu lah kisah dia… Tamat…

Tips bila kene tahan:

1) Jangan panik, tenang.
2) Tanya detail kenapa kau kene tahan.
3) Kalo ada nombor Embassy, minta call.
4) Negiotiate dengan officer, sama ada kau kene hantar balik, atau kau kene fly ke negara lain.

img_0286

P/s: Ada je lah cerita aku bila travel jauh ni.

Douglas, Isle of Man, United Kingdom

Douglas

Isle of Man

******************************************************************

Isle of Man mempunyai bendera berlatar belakang merah serta terdapat 3 batang kaki ditengah bendera ( seperti dalam emoji tersebut: 🇮🇲 )

Bahasa klasik penduduk setempat merupakan bahasa Manx Gaelic, namun ianya hampir pupus di telan dek zaman. Bahasa rasmi merupakan bahasa Inggeris.

iom-flag

Pulau ini merupakan sebahagian daripada Kerajaan Norway Hebrides sehingga abad ke- 13.

Setelah diserahkan kepada Scotland pada tahun 1765, pulau ini telah ditakluk di bawah jajahan British (Rujuk sejarah pembetukan UK).

Walaupun Isle of Man dibawah jajahan takluk British, namun ia bukanlah sebahagian daripada UK mahupun Kesatuan Eropah.

Walau baigamana pun , Kerajaan UK kekal sebagai kerajaan berperlembagaan dan bertanggungjawab untuk pertahanan serta perwakilan antarabangsa.

 

douglas-jetty

 

Kepada pengembara yang berhajat untuk mengembara ke negara Isle of Man (negara di bawah jajahan takluk UK tetapi bukan di bawah Persekutuan UK) melalui jalan air (lautan Irish) boleh lah menggunakan perkhidmatan feri ini.

Untuk pengetahuan anda, hanya syarikat Packet Stream yang menghubungkan antar Isle of Man dengan Ireland, Northen Ireland and England.

Terdapat beberapa perlabuhan di UK dan Ireland yang bole mehubungkan anda dengan Douglas Port (ibu negara) iaitu Dublin Port, Belfast Port, Liverpool Port, Heysham Port, Birkenhead Port and Larne Port .

Antara perkhidmatan yang ditawarkan semasa pelayaran adalah panggung wayang, bar, kafe, kasino mini dan juga kedai duti percuma (duty free shop).

Harga tiket adalah berubah mengikut musim. Jika akan berkunjung pada waktu TT Race, maka harga tiket akan melambung tinggi.

Pengalaman saya berlayar dari Dublin Port ke Liverpool Port sangat menyeronokkan walau harga tiket 35£ di sebabkan TT Race, namun saya rasa ianya sangat berbaloi.
stream-packet

Douglas Jetty

douglas-jetty

 

Dekorasi taman yang menyerupai Motor Berkuasa tinggi ini merupakan simbolik untuk Tourist Trophy Race atau lebih dikenali dengan nama TT Race.

TT Race merupakan perlumbaan motor berkuasa tinggi peringkat antarabangsa yang diadakan di Negara Isle of Man pada bulan Mei atau Jun setiap tahun sejak 1907 dimana ia berlangsung pada 28 Mei hingga 10 Jun 2016 untuk tahun ini.

tt-race

 

Sekiranya anda berkunjung ke negara Isle of Man, pastikan anda tidak terlepas untuk mencuba Manx Electric Railway.

Keindahan flora dan fauna sang pencipta di sepanjang perjalanan laluan rel pasti memukau pandangan mata anda.

Perjalanan ke puncak Laxey memakan masa 30 minit, manakala perjalanan ke puncak Ramsay memakan masa satu jam.

Anda boleh bermula di stesen paling bawah (Douglas) untuk ke Laxey, Ramsy atau puncak Sneafell. Kos untuk ke Laxey adalah 5.60£ sehala.

Percayalah, keindahan bumi Isle of Man di sepanjang perjalanan mampu membuat anda jatuh cinta kepada alam semula jadi.

electric-tram

 

Stesen Laxey merupakan stesen pertukaran untuk ke Puncak Sneafell, ke lombong Laxey dan juga puncak Ramsey. (Sila google 10 things to do in Isle of Man).

Di Laxey sendiri terdapat beberapa tempat menarik untuk di lawati antaranya sneafell, tren ke puncak gunung sneafell, Tren ke lombong laxey, laxey wheel, Laxey harbour, tasik salmon dan banyak lagi!!!

Sedikit perkongsian tentang Laxey hasil dari cerita warga tempatan dan juga pembacaan saya sendiri.

Laxey merupakan perkampungan di lereng bukit yang terletak di Pantai Timur perairan Isle of Man. Nama Laxey dipetik dari bahasa Norse lama iaitu dari perkataan Laxa yang bermaksud Sungai ikan Salmon.

Tip dan helah: Kekuatan otot kaki harus lah kuat dan hati perlu cekal sekiranya anda ingin melawati Perkampungan Laxey ini kerana anda perlu berjalan kaki dengan jarak yang jauh. Jangan bimbang, demi keindahan alam semula jadi, anda pasti teruja dan terlupa yang anda telah berjalan jauh.

laxey-stn

 

Laxey Hourbour telah dibina pada tahun 1850 yang bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan ke Lombong.

Kini, ia dijadikan tempat kapal-kapal peranginan berlabuh.

Saya berjalan kaki yang agak jauh untuk kesini dari Laxey Electric Rail station.

harbour

 

Penat berjalan semata-mata nak ke sini. Naik bukit turun bukit. Which is jarang aku buat during travel semata-mata nak tgk hidden gems!!

laxey-harbour

Hiden Gems katanya…

 

hidem-gem

Lain dari yang lain.

Horse Tram atau dengan bahasa yang lebih mudah Tram Kuda.

Tram yang bergerak melalui rel kereta api.

horse-tram

Douglas Coastal Area.

douglas-coastal

Sekian dari saya,

-Orange Katique-

 

30 Fakta Menarik Mengenai Korea Yang Patut Anda Tahu!!!!!

Hi, alang2 tgh tunggu flight balik Malaysia dari Jakarta ni saja nak tulis summary fun fact apa yg aku belajar di Seoul.

Before that, credit to Mazlan Zonan and Yana Hashim for helping.

1) cara paling senang nak master bahasa Korea adalah mengunnakan perkataan sayo-sayo-sayo and nida-nida-nida dibelakang sentence.

2) generasi tua x pandai English, generasi muda bole la sikit2.

3) rambut mak cik2 kat sana adalah menggerbang! Semua satu pesen ja.

4) makcik2 and pakcik2 kat sana mengumpat di disable seat yg disediakan di setiap hujung coach.

5) walau penuh mcmana tren, org di Seoul ada civic. X kan duduk di seat hak priority.

6) golongan tua tahu kat mana seat diorg.

7) hi-speed internet up to 5G LTE.

8) tak perlu bawa simcard. Internet dimana2

9) nak swipe cc best, skali swipe resit trus print. Tak perlu loading nak tunggu approval.

10) tren charge per entry gate bukan exit gate unlike di Malaysia or other countries

11) Jalan tren dia up to negative tujuh (-7) di bawah Tanah!!! Can u imagine!

12) metro stn dia mcm shial sikit! Sebulan duduk sini. Kompem anda kurus mcm korean yg lain.

13) gate exit metro up to 9 gate! So make sure u know which gate u would like to exit

14) facial product is really ubiquitous and cheap!!! Hampir semua tempat ada Natural Republic, The face shop, Tony Moly

15) dalam hotel sediakan 80% ada lah product utk lelaki!! Awwwww!

16) lip balm kaler merah adalah utk lelaki berbibir munggil

17) diorg berak, tisu swipe buang dlm tong sampah!!! Yucccckks!!!

18) taxi siang 100 won per 1000 count. Malam 120 per 1000 count

19) kedai kopi mewah plg byk di Gang Nam

20) org di Gang Nam sgt berbeza berbanding di tempat lain seperti di Itaewon, myeong dong, dongdaemun. Gang Nam lagi exclusive

21) building di Gang Nam mcm US

22) sila naik ITX kalo nak cepat sampai ke Nami Island.

23) kat mana2 je ada product samsung

24) Lotte Mall paling besar dr segi branding

25) ada Hyundai department store

26) ticket utk movie just guna screen je. Tak perlu counter

27) movies dia sgt outdated. Lembab nak masuk pasaran.

28) 4 tempat tumpuan rakyat malaysia: Itaewon, Hard Rock Cafe, Nami Island, Incheon Airport

29) Currency Exchange susah nak terima ringgit

30) udara dia versi lembab dan kotor. Taik hidung akan jadi hitam dan byk!

Korean Demilitarized Zone (DMZ) Trip

Good Day travellers!! Annyeonghaseyo…!!!

Aku actually nak share sikit tempat yg best di Korea yg aku perhatikan jarang sgt rakyat Malaysia nak menapak ke tempat tu. Aku pon tak paham pasai apa. Maybe sebab package ke sana mahal ke, sebab jauh sangat ke, or memang rakyat kite kurang info pasal tempat tu. Yang da jejak alhamdulillah lah…..

Korang penah dengar DMZ? Demilitarized Zone? DMZ ni zone kawalan antara South Korea and North Korea. Korang kene bawak passport untuk masuk sini tau.

So, aku sajikan sikit tips and trick perjalanan nak ke DMZ dr Seoul:

Korang bole ambk mana-mana subway up to Munsan station.

Note: Perjalanan ke Munsan naik Koreal (interchange mana2 station yg ada Gyeongui Line). Total journey selama Sejam setengah dr Seoul city. Perjalanan ke celah kampung2 Korea. So jangan terkejut kalo korang jadi bahan pandangan umum.

Da sampai Munsan Stn, bole turun ke Ground Floor and ambk taxi ke Imjingak, cost dalam 4000 Won je.

1) Imjingak

Sampai Imjingak bole la ber’cam whore’ dulu before beli ticket DMZ tour. Di Imjingak it self ada tugu2 askar, ada Imjingak Observitory Tower, kedai makan, jalan kereta api yg menghubungkan ke North Korea, ada steam lokomotif yang kene tembak sampai 1000 bullets and macam2 lagi. Kiranya main station utk DMZ la.. Ok, the bridge of Freedom pon ada kat sini. Dari Imjingak dah bole nampak North Korea

Ticketing info for bus tour:

Price: 8700 won
Duration: 3 Hours tour
Document: passport compulsory
Bus frequency: every 30 mins
Last bus: 4:30-5:00 pm
Closed time: Monday and National Holiday

Nota: Station bus kat bawah bukit, sebelah tourist information centre.

2) Dora Observery

Bas meluncur, maka perjalanan sebenar bermula. Mula2 pegi ke Dora Observery. Sepanjang perjalanan pass by Unification Village (foreigner tak boleh masuk) and akan pass by Road Block. Satu-satu passport kene check. Just relax, sit in the bus!

Di Dora Observery ni korang bole tengok North Korea yg dekat gila. PAda sempadan periuk api. No worrie, ada theater yang explain everything about the place.

Nota: Time aku pi kabuih tebai sbb winter! Tak dpt tgk North secara dekat.. So the best time pegi time Autumn, summer and spring.

3) 3rd Infiltration Tunnel

Lepas tu korang akan gerak ke 3rd Infiltration Tunnel. Ni salah sebuah tunnel dr byk2 yg ditemui oleh South hasil dr North korek utk serang Seoul. Kedalaman tunnel lebih kurang 1200 meter ke bawah. Nak turun kene pakai safety helmet. Tak bole bawak camera atas arahan military. Lepas semput keluar dari tunnel, korang akan dihidangkan dengan video pasal kisah-kisah perang North-South. Special headphone untuk English version.

Nota: Untuk mak jemah yang semput, di nasihatkan lepak je atas bangku tu sebab turun tunnel di bole hilang 3kg!

4) Dorasan Station

Last Destination, pegi Dora station. Ni train station untuk ke kawasan perindustrian North Korea. Ada askar-askar Korea guard kawasan ni.

Nota: Train tu bole naik, tapi sila google bila schedule dia and how to ride.

Maka bermula lah perjalanan nakkk ke Imjingak. Di Imjingak, kalo sampai awal sebelum 5:00 pm, bole mintak tolong Tourism Centre untuk call-kan Taxi. Kalo tak, kene gi Taxi Stand sendiri, tempat taxi drop tadi.

Nota: Kalo taxi yang tunggu biasanya ada scam night charge. Tapi beza dia 250 Won je. And perjalanan tak jauh pon. No worries. Total dlm 7000 won je. Beza 3000 won dari normal price. Tapi nak buat macamana, tak der choice!

Additional info: Korang bole ambk JSA tour. Yang ni leceh, sebab korang kene apply dalam 5 hari sebelum visit. Certain country je allowed to visit including Malaysia. Kalo dia tak approve, all fees burn! JSA tour tutup Monday, Tuesday and national holiday.

Ucapan: Credited to Mazlan Zonan for helping!!!

Sekian dari saya, kak esah kak bedah (bacaan dia gamsahabnida) !!!!

hash tag whenzaidi – "Your one stop travel tips"